Melayu Kedah

Melayu Kedah
ﻤﻼﻴﻮ ﻗﺪﺡ
Orang Utara
Jumlah populasi

3.1 juta (Lembah Kedah - 2008) jumlah sebenar mungkin lebih daripada 5 juta

Kawasan dengan populasi yang signifikan
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Bahagian Utara Perak, Selatan Thailand & Selatan Myanmar
Bahasa
Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Burma
Agama
Sunni Islam

Suku Melayu Kedah merupakan antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[butuh rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.

Sejarah

Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[butuh rujukan].

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

Lembah Kedah

Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.

Nama etnis

Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.

Dialek

Bahasa Melayu Kedah
بهاس ملايو ﻗﺪﺡ
Bahasa Utara
Dituturkan diMalaysia, Thailand, Myanmar
WilayahKedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara (Malaysia), Satun, Phuket. Hat Yai, Songkhla, Phattalung (Thailand), Tanintharyi (Myanmar)
Jumlah penutur2.800.000  (tidak ada tanggal)
Rumpun bahasa
Austronesia
  • Melayo-Polinesia
    • Melayo-Polinesia Inti
Kode-kode bahasa
ISO 639-3meo

Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.

Bahasa Melayu KedahBahasa Melayu Standar
HangKamu
CekSaya
DepaMereka
HangpaKalian
SepaKami
PiPergi
MaiDatang, Mari
Awat, PasepaMengapa
LaSekarang
SatSebentar, Sekejap
MengkalaBila, Apabila
KetegaqDegil
JomAyuh, Mari
KotMungkin, Barangkali
GeRekBasikal

Adat dan budaya

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Kedah

Sumber

  • Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • (Inggris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
  • Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.


Sumber :
andrafarm.com, wiki.kucing.biz, id.wikipedia.org, dsb.